top of page
Search

NAZA RIA ENJIN DI BELAKANG

  • WORKSHOP BUMIPUTERA PB MAJU KL & RAWANG
  • Aug 30, 2017
  • 1 min read

8hb Ogos 2017, kami menerima sebuah lagi Naza Ria yang enjinnya diletakkan dibelakang dalam keadaan terbarai (lerai), Naza Ria ini telah tersadai disebuah Workshop hampir 1 Tahun lebih, cuba perhatikan gambar pintu Naza ini, dah berlumut.

Mengikut cerita pemilik Naza Ria ini, workshop lama memberitahu kepada beliau bahawa kedua-dua head Naza Ria dia telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi, namun dari pandangan fizikal kami, kami percaya kedua-dua head tersebut masih boleh digunakan, cuma perlu menjalani beberapa proses pengesahan dan pembaikkan.

Setelah proses pertama dilakukan, sah kedua-dua head tersebut masih boleh digunakan, dan kerja-kerja pembaikkan enjin Naza Ria tersebut berjalan walaupun sesekali terbantut kerana ada beberapa kompenan tidak disertakan sekali.

Hasilnya....Pada 30hb Ogos 2017 enjin Naza Ria yang lerai bertahun, telah berjaya dihidupkan, walaupun terpaksa menggunakan beberapa kompenan (Sensor) dari kenderaan lain sebagai pinjaman sementera.

Kepada pemilik-pemilik Naza Ria diluar sana, kami bukan pakar Kia atau Naza, tetapi InshaAllah dengan pengetahuan dan pengalaman kami selama membaikpulih enjin Naza Ria, kami boleh bantu anda.

Cuma ingin kami gariskan disini "Tidak ada satu jenis enjin kenderaan pun didunia ini yang tidak akan rosak, jika kita tidak tahu menjaga enjin tersebut" .Belajarlah cara penjagaan enjin kenderaan dengan betul, InshaAllah kita mampu mengurangkan risiko overheating sehingga 90%.

PB MAJU AUTOMOTIF 780 Jalan Sentul KL Tel : 03:40501312 H/Fon : 0166585716 fb #pbmaju

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by YOU DRIVE IT WE FIX IT.​ Proudly created with Wix.com

  • Google Square
  • Twitter Square
  • facebook-square
bottom of page